Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

7 June 2012

Gaduh tapi Bahagia

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.


Malam macam ni ain rasa nak update blog pula. Bersesuaian dengan tajuk entry kat atas tu, Gaduh tapi Bahagia! Mesti korang rasa pelik kan? Ya la, sebab gaduh boleh buat ain dengan dia rasa bahagia. em, bahagia ke? biar la ain, dia dan Yang Maha Mengetahui saja yang tahu. Kepada sesiapa yang pernah atau selalu baca entry-entry ain sebelum ni, memang mereka akan faham tentang kisah cinta ain dengan dia. kisah ain dan dia tak sama macam jalan cerita Cinderella, Puteri Gunung Ledang, Puteri Salju atau mana-mana cerita dongeng. Ini adalah kisah cinta yang memang asalnya dari ain dan dia [tak copy mana-mana pun].


Nak dijadikan cerita. sebenarnya ain boleh juga dikatakan selalu/kerap/sering bergaduh dengan dia. benda yang digaduhkan tu tak lah juga besar mana. bukan juga gaduh pasal ada pasang lain ke, tak setia ke. tak lah gaduh sebab perkara tu sebab ain setia tau, dia pun setia [ye ke?? erm]. dia memang setia, walaupun tak boleh percayakan lelaki seratus peratus, tapi ain boleh nampak kesetiaan dia tu. sebab...
kalau kita tak percaya pada pasangan, macam mana hubungan kita nak berkekalan, betul tak? kalau kita selalu main tuduh-tuduh dengan pasangan kita tu, contohnya, 'eh, kau ada orang lain kan? mengaku saja la!'. pasangan tu akan rasa tak dipercaya dan dia akan buat lah apa yang korang tuduh tu. hah, macam tu lah. dia buat sebab dia rasa, 'ala, dia bukan percaya kat aku juga, bagus aku buat saja terus'. so, berhenti lah tuduh pasangan kita yang bukan-bukan. ok?


*mengarut kejap. hehe*


Bila ain dah gaduh dengan dia, [gaduh tak lama pun] akan mula la sesi pujuk memujuk. hah! sesi yang pujuk memujuk tu yang best dan di sesi tu lah buat ain rasa bahagia. memang best lah kalau dah main pujuk-pujuk. lepas dah main pujuk-pujuk, bahagia tu rasa bertambah-tambah tau. yang selalu kena pujuk, ain lah. hehe. ain suka tau kalau dipujuk, lebih lagi bila si dia yang memujuk. sweet sangat-sangat kalau dah kena pujuk. tapi kalau dalam telefon, ain lah yang kena memujuk. tak boleh juga dia terus yang pujuk, sesekali ain mesti rendahkan ego, bukan publisiti murah sangat, tapi semua tu untuk selamatkan hubungan ain dengan dia. tak boleh lah berkira sangat kalau jadi perempuan ni. ain mesti seimbangkan.


sekarang ni, exam dia dah habis. tinggal tunggu dia datang lawat ain je kat sini. harap-harap ada rezeki nanti boleh lah dia datang tengok-tengok ain yang jauh ni [satu negeri, lain daerah]. korang pun doakan lah ye :)


tanx!




ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

4 luahan orang comel:

  1. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 43 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :) tanx ye awak. cian saya, bru 43 folower. hehe.
      ok, saya pun harap cm tu jugak.
      tanx aw!

      Delete

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini