Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

16 June 2012

Selamat Datang Mr.F


Assalamualaikum blog readers !
(*_*)



Baru ain ada masa nak update blog hari ni. sebab sebelum-sebelum ni lappy kena virus, so kena hantar pergi klinik untuk sembuhkan dia. hehe. lepas lappy dah sembuh, ada satu masalah lagi yang timbul iaitu, masalah bb yang slow macam siput tak makan ! huh !


ok lah, lupakan pasal tu. berkaitan dengan tajuk entry kat atas tu, ain nak cerita sikit lah pasal apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. banyak sungguh cerita yang berlaku tau ! contohnya, ain bergaduh dengan abang sayang ain [MR.F]. ala, perkara biasa lah tu bab gaduh-gaduh ni.


Cerita yang paling best sangat-sangat selepas bergaduh tu, mr.f ain datang lawat ain kat sini. suprise ! ya ! macam yang ain pernah bagitahu hari tu dalam entry ini, yang ain tengah tunggu kena lawat je. dan sekarang mr.f tu dah ada bersama ain. masuk hari ni mr.f dah ada kat sini tiga hari dua malam. cewahh ! macam dapat hadiah percuma tidur hotel je kan. haha. ok lah, mula-mula ain nak cerita pasal first day mr.f kat rumah family ain. apa yang dibuat. hari pertama tu mr.f tidur je. penat lah katakan. jauh tu kota kinabalu ke lahad datu, duduk dalam bas berjam-jam. ain?? ain pun tidur juga lah sebab satu malam ain tak tidur. tak sabar-sabar tunggu mr.f sampai kat lahad datu. hati ni rasa tak tenang je selagi ain tak nampak wajah mr.f ain tu. bila mr.f dah ada depan mata, ain tak tidur-tidur juga. panjang je cerita kami masa dalam kereta tu. last-last ain terlelap juga sekejap. sampai rumah, ain sambung tidur lagi. petang pula, ain dengan mr.f pergi pantai. bawa mr.f jalan-jalan, tapi mr.f juga yang driving. hehe.


Masuk second day pula bersamaan dengan kelmarin, memang ain tak tahu nak buat apa. memang rutin harian ain sebelum mr.f datang pun cuma bosan duduk rumah. dah ada mr.f, mungkin mr.f pun rasa bosan juga sampai lah mr.f bagi cadangan untuk buat kek. so, bahan nak buat kek tu ada yang kurang, ain dengan mr.f lah yang pergi beli barang-barang tu. beli sekali barang untuk buat aiskrim lah juga. mr.f ain tu suka sangat makan aiskrim. bila kek yang di buat dah siap, nampak sangat la kek tu tak berapa menjadi. ada yang kurang. rasanya susu cair lah tu. macam-macam lah nak letak kat atas kek tu, nak tulis happy birthday lah, happy monthsary lah. HB tu untuk mr.f ain, even birthday mr.f dah lepas (Selamat Hari Tua untuk Abang). yang HM tu pula, sempena ulangbulan yang ke-9 ain bersama mr.f esok. last-last, kek kosong yang siap. hampeh ! its ok lah.



ini lah kek coklat hasil kami berdua !
*rasa-rasa sedap tak?*

Lepas tu, semalam pula ain dengan mr.f buat aiskrim. aiskrim perisa yam, vanila dan coklat.
tengok lah gambar kat bawah ni !


satu mangkuk aiskrim perisa yam dah habis ain dengan mr.f makan. tapi mr.f lah yang paling banyak makan. memang mr.f suka sangat makan aiskrim. haha !


*anyway, thanks for everything my dear !

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

2 luahan orang comel:

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini