Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

9 June 2012

'Aku Pasrah'

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia


Pagi ini ain nak buat entry tentang...
Em, tentang apa ye?
hah! tentang lagu blog ain boleh tak? ada ke orang yang nak baca entry ain kali ini? ain harap ada lah yang sudi baca. kalau tak nak baca, like pun jadi lah. yang dah baca tu jangan lupa nak komen-komen sikit :D


Macam mana lagu kat blog ain ini? best kan. rasanya ramai yang dah tahu tajuk lagu dan penyanyinya sekali. tapi ain nak bagitahu juga kat korang yang belum tahu tu. [yang dah tahu, duduk diam-diam je :D] Tajuk lagu ini 'Aku Pasrah' yang telah dinyanyikan oleh artis yang ain minat juga. 'Yana Samsudin'. Lagu ini ada kat dalam filem Mami Jarum Junior. Dalam youtube pun korang boleh tengok, kalau nak tengok KLIK SINI ye dear.


Sebenarnya ain minat dekat Yana tu baru saja. Baru ain tahu sangat pasal Yana semenjak dia dah banyak belakon filem ini. Tambah-tambah lagi dia selalu belakon dengan Shaheizy Sam. Huh! memang best lah, sama padan lagi. Macam dalam cerita Bini Bini Ku Gangster tu, ain suka tengok watak Yana yang lasak tu. memang hebat la Yana! Yang ain tak sabar nak tengok filem terbaru Yana, cerita Kau Ada, Aku Ada yang dah ada kat pawagam 24 Mei 2012 lepas. Teringin sangat ain tengok cerita tu, tapi apa kan daya ain. memang tak dapat nak tengok cerita tu dengan abang sayang ain lah sebab ain berjauhan dengan dia. Ain selalu tengok wayang dengan abang sayang ain tu. nampaknya ain kena tunggu full movie cerita tu lah, ain nak download je. kalau korang dah jumpa full movie cerita tu, tinggal-tinggalkan lah link dekat kotak komen entry ini ye. ain betul-betul nak tengok cerita tu tau!


Lagi satu, ain nak tanya korang lah. cerita 8 JAM tu bila keluar ye? rasanya dah lama iklan trailer pasal movie 8 JAM tu. hari tu dekat iklan cakap COMING SOON 2011, tapi sekarang dah masuk pertengahan 2012, cerita tu belum lagi keluar. ada yang cakap movie tu main lapan jam. betul ke? ain tak sabar juga nak tengok cerita tu sebab, Yana pun belakon dalam filem tu juga!




Apa-apa pun, semoga kak Yana Samsudin akan terus mekar berkembang dalam bidang perfileman dan bidang nyanyian.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

8 luahan orang comel:

  1. baru first time dengar lagu ni..kuno gila kan saya..jom baca dan komen entry terbaru saya http://azminanordin.blogspot.com/2012/06/demam-dah-mula-dah.html

    ReplyDelete
  2. suka tgk yana samsudin ngan sam..hehe~

    ReplyDelete

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini