Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

30 June 2012

G.M vs P.S vs A.A.K.A?


Assalamualaikum blog readers
(*_*)

Dah seminggu ain ada kat Kota Kinabalu ni, dan seminggu juga lah ain duduk rumah je. Bosan gila dowh ! Dekat rumah ada lagi empat orang kawan. Nasib baik lah hari ni dorang tak pergi kelas, kalau tak ain duduk seorang-seorang lagi lah macam orang bodoh. Haha :)Tajuk entry ain kali ni pelik sikit kan? Macam nak cerita pasal bola EURO 2012 pula. Sebenarnya tak ada sangkut-paut langsung pasal bola, masa beberapa hari ain kat sini, ain ada tengok beberapa movie yang bukanlah baru ditayangkan [rupanya banyak movie yang aku dah tertinggal]

Hari tu ain ada cakap yang ain teringin nak tengok cerita ‘Aku Ada, Kau Ada?' kat entry ini, ain dah tengok cerita tu tapi bukan dengan Mr.F. Ain tengok kat laptop je seorang-seorang, kawan ada cerita tu, minta lah kat dia. Em, boleh tahan lah juga jalan cerita tu. Yana dengan Shaheizy yang berlakon, memang lah ain nak tengok even cerita tu tak lah best sangat. Hehe :D Cerita yang ala-ala Korea tu ending dia tak best lah sebab dorang tak couple pun. Just main kejar-kejar je kat tempat Winter Sonata tu. Dorang berlakon kat Korea tu, best dowh ! Untung lah Yana, dapat shoot jauh-jauh. Kat Sabah bila lagi?

Cerita pasal shoot kat Sabah, ain ada story best lah hari ni juga. You all nak tahu tak ain tengok cerita apa tadi? Ain tengok cerita ‘Gerimis Mengundang’. Ah, so sweet la cerita tu, ain tengok macam nak nangis je tadi. Tapi segan juga nak nangis sebab ada kawan. Hehe :D Cerita tu memang sweet sangat-sangat. Dengan hero dia yang kacak gitu lorh dan heroin dia yang so beauty ! pelakon Malaysia campur dengan pelakon Indon. Pengarah sekarang memang kreatif buat filem. Tambah lagi filem tu dorang buat shooting kat Sabah Di Bawah Bayu. Tempat ain lahir tu. Dan tempat ain tengah duduk study sekarang ni. Bila tengok je dorang shoot kat Kota Kinabalu, ain dengan kawan tu terus tanya dorang shoot kat mana? Kesian kan ain. Biasa lah, jarang sangat pengarah buat lokasi shooting kat Sabah ni. Sebab tu kuno gila. Haha :D Minta kat pengarah-pengarah kat SM sana atau pun bakal-bakal pengarah, buat lah shooting kat Sabah ni. Banyak tempat best kat Sabah ni juga. Mana lah tahu ain boleh jadi pelakon filem, tak dapat jadi heroin pun tak apa, jadi pelakon tambahan pun boleh je [cewahh, ada hati rupanya nak jadi pelakon !].

Jauh juga mengarut. Sambung pasal cerita GM tu ye. Ain tahu mesti dah ramai yang tengok cerita tu, ain je ni yang tertinggal. Kesian lagi kat ain. Haha :P Zamani? Mikha? Hah, tu lah nama dia [hero dengan heroin lah !]. Zamani tu Kamal Adli, Mikha pula pelakon Wanita dari Indon [ tak tahu nama dia la].  Awal cerita tu best, tapi yang last tu tak best. Ain cakap tak best sebab hero dia meninggal. Tak best lah buat filem macam tu. Next time jangan bagi hero dia yang meninggal, bagi orang lain pula. Sedih lah masa part Zamani tu meninggal, Mikha pun ada dekat dia. Ain tak mahu jadi macam tu. Kesian kat Mikha :’( [kenapa feel sangat aku ni? huhu]

Cerita pasal tu dah habis, sekarang ain nak cerita pasal cerita Patah Seribu yang ain baru tengok semalam. Ni pun salah satu cerita yang dah lama ditayangkan dan ain baru dapat tengok. Cerita ni bukan ditayangkan kat pawagam, tapi kat Astro Ria. Masa cerita ni main kat astro, ain masih kat KK. Rumah sewa ain tak pasang astro, sebab tu tak dapat tengok masa tu. Kesian sangat-sangat kan L Ok, hero dengan heroin cerita ni pun ain suka juga sebab pasangan kekasih. Sharnaaz dengan Shila Amzah. Ain nak cerita sikit je lah pasal ni. Sama macam cerita GM tu juga. Mula-mula best, lepas tu ending dia dah tak best. Hero mati ! Alaaa, jangan lah bagi mati hero. Sedih lah [macam aku je jadi heroin kalau hero dah mati].

‘Patah seribu hatiku bila mengenangkan segala yang kita bina bersama’ [sesuai tajuk lagu dengan jalan cerita dia]

Ain ni cepat sangat feel kalau tengok cerita ending macam tu, kadang sampai nangis bagai. Hehe :D buat malu kaum hawa je. Tapi tak apa lah, kaum hawa kan hati dia lembut, cepat tersentuh. Betul tak kaum hawa?



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

No comments:

Post a Comment

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini