Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ツ
Di pagi yang indah ini terasa hati aku ingin menulis.
Sebenarnya sudah lama hati ini ingin menulis sesuatu, menceritakan sebuah
kisah, berkongsikan masalah. Akan tetapi, hati yang sedang bahagia telah dicemburui
oleh bb yang line dia lembab macam siput.
Sambil² dengar
lagu firman yang bertajuk kehilangan.
“Sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila.
Seandainya kamu bisa mengulang kembali lagi cinta kita. Takkan ku sia-sia kan
kamu lagi.” (lalalalalalalalalala)
Dah ditinggalkan, baru nak cakap tak mau sia² kan dia. Masa masih sama², balik²
sia² kan dia. Baru padan muka. Haha. Lagu..
lagu..
Ish, jauh juga aku mengarut ya. Abang! Ya, aku rindu abang
sayang aku. Rindu sangat²! Even aku rasa hampir setiap hari kita bergaduh
tapi semua tu tak pernah sedikit pun mengurangkan rasa rindu apatah lagi sayang
dan cinta aku terhadap kau. If aku jauh di sana, family aku yang aku rindu.
Tapi sekarang ni dah bertukar dan beralih arah. Family depan mata aku sudah.
Rasanya hampir sebulan sudah aku bercuti di LD ni, dan
selama sebulan ini juga la macam² berlaku antara aku dengan kau. Rutin harian kita
adalah pergaduhan. Tapi gaduh juga la yang buat kita bertambah dekat dan
bahagia. If korang tak percaya, korang try la. Kadang² aku
pandai juga sakit hati masa gaduh tu sebab perkara yang tak sepatutnya kita
gaduhkan pun kita boleh jadi bergaduh. Dan paling aku sakit hati bila kau
keluarkan ayat² yang aku tak suka dengar. Macam kau suruh aku
cari lelaki lain. Arghh, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati bila aku
dengar semua tu. Rasanya dah tak terkira lagi berapa kali sudah kau cakap macam
tu kat aku.
Ah, lupa kan!
Aku nak cerita pasal
minggu ni pula. Minggu ni minggu final exam kau, tapi hari khamis tu paper last untuk minggu ni. 9 hari dari
sekarang kau akan ada exam dengan ST pula. Aku harap kau boleh buat dan jawab
dengan baik, ok? Sebab semua tu masa depan kau. Mungkin juga masa depan aku dan
bakal anak² kau nanti. Insya-Allah. Ya Allah, permudahkan
lah segala urusannya ya Allah. Amin.
Nak cerita pasal dua
malam pula, entah lah dah jam berapa masa tu. Time tu aku dah tidur, kau call
aku. Biasanya setiap malam aku silentkan handphone aku sebab aku takut abah
dengan umi aku marah bila dengar handphone aku berdering tengah²
malam. Tapi semalam aku tak bagi silent, bukan juga lupa, tapi aku memang
sengaja tak mau silentkan. Macam aku tau²jak yang kau akan call aku. [sebenarnya aku langsung
tak tau pun].
Dan! Ya, betul! Kau
call aku tengah malam. Kau call untuk bagitau aku yang kau pass untuk subjek
teori elektrik. Actually, aku happy juga dengar berita tu sebab subjek tu kau
takut, jadi aku pun automaticly risau la juga. Alhamdulillah, akhirnya kau
lulus juga. Tapi, disebabkan aku tidur time kau call, aku tak berapa layan
sangat cerita kau tu pasal aku mengantuk. Aku tau mungkin kau kecil hati sebab
aku buat tak kisah, tapi aku nak kau tau yang aku tersangat²
happy dengar berita tu. Ibaratnya macam aku yang lulus. Sebab, if kau berjaya,
aku pun berjaya juga. Kau tu pun masa depan aku dan sebelum kau jadi masa depan
aku sepenuhnya, kau mestilah ada masa depan. Semua tu untuk kebaikan dan
kepentingan kita bersama dan keluarga kita. Kau ada juga bagitau aku yang kau terjatuh
sebab terlampau happy bila dapat tau yang kau lulus. Aku cuma mampu tersenyum
dengar cerita kau yang lucu tu. Tapi aku rasa, if kau cerita face-to-face
dengan aku, aku akan ketawakan kau kuat². Haha. Kau mesti tau macam mana aku ketawa bila
tau cerita lucu macam tu. Jangan marah tau.
*andainya abg terbaca
entry ni, mohon maaf ya sekiranya terkasar bahasa dan ada yang menyakitkan
hati. Syg cinta abg syg seorang selamanya*
No comments:
Post a Comment