Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

14 August 2012

Dapat Duit Raya Banyak Nie ! RMxxxx

hai kawan2 ! nak buat side income tanpa perlu keluar duit 1sen tak ? tak percaya ? jom kita buat duit raya . tak rugi .. tapi untung ! join free ... tak rugi apa pun .. insyallah...
Prelaunchx nie company under forex..
Forex tu company matawang dunia n malaysia pown ade jgk forex..
Nati 27/8 company nie nk lancarkan prelaunchx tp sape yg nk join lepas pada tarikh tue da kne bayar rm100..
Tp skrang sape yg join free jer sampai tarikh tue..lepas tarikh tue forex akan hantar cek kat umah berdasarkan berapa yg awak da dapat dr hari nie smpe la tarikh 27/8/2012 nie...senang jer so cepat join skang b4 kwn2 kne byr rgster rm100..now it

Bagaimana nak join?

01) Pertama sekali..cepat klik link ni, http://prelaunchx.com/x/ainlee ..
anda cuma perlu klik link ini untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012 . kemudian klik 'Sign Up'. Pastu isikan Username yang anda suka . pastu isikan email anda sendiri serta password anda . selepas itu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password . pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula mula tadi dan mudah diingat . selepas tu Sign up . anda akan masuk kembali ke log in page . taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi .

02) Kedua , bila anda Login , anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri . anda lihat $100 tu milik anda . anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK" . anda klik Task tu dan masuk ke page Task List . anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." . Isikan email anda tadi utk "
FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription .

03) Ketiga , Klik petak I have subscribed dan klik "clear task".
Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information . " Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress" , "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda . anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus . kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda . dah selesai semua tu anda klik "Update Information" . Kemudian di page Task list tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task .

04) Anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda , kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link" . Skrg link tu dah jadi milik anda . anda dah boleh promosi link anda ! Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda . kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan . Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen . Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda . Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5 .

Amacam ? Nak try ? Alahai.. tak rugi pun . At least kita try kan .. Kalau tak dapat apa apa pun , bukan rugi pun , sebab kita tak keluar 1 sen pun . Mana tahu boleh untung pulak ? Hmm .. Beraya sakan la korang ! Kih3 ! I just shared only . Nak try , sila kan ! Kalau tak nak , tengok jela . HEHE . Selamat mencuba ! :D 

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

12 July 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.

Assalamualaikum blog readers
(*_*)


Jom join segmen ney.

^^klik banner^^

Tarikh tutup : 1 Ogos 2012


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

10 July 2012

Tutorial Header (Collage Style)

Assalamualaikum blog readers
(*_*)



Semalam ada request dari kawan ain. Macam mana buat header macam header blog ain. So, hari ni ain akan tunjukkan macam mana nak buat header ni.



Macam ni lah header ain sekarang.
Tutorial ni banyak sangat step tau.

UNTUK GAMBAR.
1. First sekali korang kena pergi SINI.

2. Lepas tu klik Create a Collage.

3. Klik macam yang anak panah tunjuk kat bawah ni.

4. Pergi Ducks in a Row.
Korang boleh lah pilih berapa banyak row korang nak guna. Buat macam biasa, upload gambar yang korang nak.

5. Then, sekali lagi klik macam anak panah tunjuk kat gambar ni.


6. Korang boleh adjust Spacing dan Corner Rounding ikut suka korang lah. Jangan lupa Tick Transparent Background supaya header korang ikut background blog.

7. Save Collage ! Simpan kat desktop je.

UNTUK TULISAN.
8. Ulang cara 1 kat atas. Lepas tu klik macam yang dalam box line pink(gambar).

9. Upload balik yang korang dah save kat desktop tadi tu untuk letak tulisan.

10. Pergi ke simbol P(dalam box pink) untuk pilih jenis tulisan. Then, add je lah. Pandai-pandai adjust tau untuk bagi nampak lebih cantik.


11. Dah siap, save lah kat desktop.

12. Dashboard > Layout > Header.

13. Upload kan gambar header tadi tu.

14. Siap !

Harap korang faham dan dapat buat header macam header ain yang cute tu. hehe :D
Kalau dapat buat, jangan lupa bagitahu ain ye.
Semoga Berjaya !









ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

6 July 2012

5 JULY 2012


Assalamualaikum blog readers
(*_*)

Pelik ke tengok tajuk entry kali ni? 5 JULY 2012 !

Kenapa ain buat tajuk macam tu ye? Hari ni kan dah 6hb. Hehe :D Sebelum ni kan ain dah post entry Wordless Wednesday #1(<-klik) di mana pada hari rabu para blogger post entry tanpa kata tapi hanya letak picture je. So, ain tak boleh nak berkata-kata, sebab tu lah letak picture tu. Nak tulis-tulis pun boleh juga tapi tulis atas kertas lepas tu ambil lah gambar. Bijak tak ain? Hehe.
Rasanya semua dah faham kenapa ain post picture tu kat situ dua hari lepas. Tak faham juga? Ok lah, ain straight to the point je lah. Actually, 5 JULY tu adalah hari ain lahir kat bumi Allah SWT yang indah ni.

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to Nuraini
Happy birthday to me

Alalaa, kesian ain nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Dan sekarang umur ain dah mencapai 21tahun. Rasanya umur ni lah yang dinantikan setiap mereka yang bergelar remaja. Ain bersyukur sangat sebab masih lagi diberi peluang untuk hidup sampai lah saat ni. Kepada mereka yang dah wish dan mendoakan ain semalam, terima kasih banyak-banyak ye. Untuk family ain yang tercinta, terima kasih atas doa serta semangat abah dan umi untuk ain. Tahun ni ain tak dapat sambut birthday dengan family ain sebab dorang jauh nun di sana(LD).

Sempena ulangtahun ain yang ke 21tahun, ain dapat hadiah yang very-very special dari mr.F. Bukan berbentuk barang, bukan juga duit atau apa pun yang korang fikirkan. Tapi.. jeng jeng jeng !
Em, pasal hadiah ni nanti je lah ain cerita, ok? Bila ain dah sedia, ain akan cerita kan apa hadiah tu. Harap korang semua menanti dengan penuh kesabaran.
Korang tahu tak cerita apa yang baru keluar kat pawagam semalam? Hah, cerita yang ain dan mr.F tunggu-tunggu tu lah. Ada kat SINI. Semalam sempena hari lahir ain tu, mf.F bawa ain keluar. Mula-mula tu mr.F bagi hadiah yang special tu kat ain. Tempatnya kat Tanjung Aru. Lepas tu, terus pergi tengok wayang kat One Borneo. Ain dah tengok cerita 8jam tu. Sangat best ! Tapi sedih :( macam nak mengalir juga airmata ni semalam [aku kalau dah tengok cerita melayu cintan-cintun ni semua sedih. hehe]

‘Pertarungan Nyawa Dan Cinta’
Alang cakap,’1 Malaysia nak tahu kenapa saya bunuh dia’
pandai penulis skrip buat skrip macam tu. Tapi memang betul pun, 1 Malaysia nak tahu.

p/s : kepada sesiapa yang belum tengok 8jam, pergi lah tengok cepat ! rugi tak tengok tau. hehe

Selesai tengok wayang, mr.F pergi bawa makan kat mcD. Tempat makan makanan kegemaran dia. Tapi ain juga yang buat demand. hehe :D
Dah habis makan tu terus lah mr.F hantar balik rumah. Walaupun dapat jumpa sekejap, tapi ain tetap rasa happy. Ye la, masing-masing sibuk, susah juga nak jumpa. dengan ain lagi yang baru nak mula semester, dengan mr.F yang sibuk kerja. hmm. sabar lah wahai hati.

untuk abg, terima kasih ya ![dah tak tahu nak cakap macam mana lagi]





ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

4 July 2012

Wordless Wednesday #1


Kenapa ye ain post picture ni?
em, nak tahu? nanti kan entry seterusnya.
InsyaAllah :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

1 July 2012

Bertahan atau Pertahankan?

Kenapa perlu bertahan andai hati tidak mampu?
Kenapa perlu pertahankan andai ia tak sekuat kamu?
Selalu kita dengar cinta perlukan pengorbanan. Tapi andai pengorbanan itu menyakitkan, ain tak perlukan pengorbanan itu. Cinta perlu dijaga. Memang tepat cinta perlu dijaga, tapi sekiranya cinta itu tidak menjaga, untuk apa teruskan cinta itu. Cinta itu tulus, suci. Sebab itu bila orang yang baru bercinta, sedang dilamun cinta, ia akan mengagung-agungkan cinta suci itu. Cinta itu indah, kata mereka. Memang cinta itu indah, andai kebahagiaan menyiraminya. Cinta akan bertambah indah andai apa yang di impikan bersama dapat dikecapi. Tapi ingat, cinta itu tidak akan terus deras mengalir dalam hati andai ada yang tidak berpuas hati. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh kita semua.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

30 June 2012

G.M vs P.S vs A.A.K.A?


Assalamualaikum blog readers
(*_*)

Dah seminggu ain ada kat Kota Kinabalu ni, dan seminggu juga lah ain duduk rumah je. Bosan gila dowh ! Dekat rumah ada lagi empat orang kawan. Nasib baik lah hari ni dorang tak pergi kelas, kalau tak ain duduk seorang-seorang lagi lah macam orang bodoh. Haha :)Tajuk entry ain kali ni pelik sikit kan? Macam nak cerita pasal bola EURO 2012 pula. Sebenarnya tak ada sangkut-paut langsung pasal bola, masa beberapa hari ain kat sini, ain ada tengok beberapa movie yang bukanlah baru ditayangkan [rupanya banyak movie yang aku dah tertinggal]

Hari tu ain ada cakap yang ain teringin nak tengok cerita ‘Aku Ada, Kau Ada?' kat entry ini, ain dah tengok cerita tu tapi bukan dengan Mr.F. Ain tengok kat laptop je seorang-seorang, kawan ada cerita tu, minta lah kat dia. Em, boleh tahan lah juga jalan cerita tu. Yana dengan Shaheizy yang berlakon, memang lah ain nak tengok even cerita tu tak lah best sangat. Hehe :D Cerita yang ala-ala Korea tu ending dia tak best lah sebab dorang tak couple pun. Just main kejar-kejar je kat tempat Winter Sonata tu. Dorang berlakon kat Korea tu, best dowh ! Untung lah Yana, dapat shoot jauh-jauh. Kat Sabah bila lagi?

Cerita pasal shoot kat Sabah, ain ada story best lah hari ni juga. You all nak tahu tak ain tengok cerita apa tadi? Ain tengok cerita ‘Gerimis Mengundang’. Ah, so sweet la cerita tu, ain tengok macam nak nangis je tadi. Tapi segan juga nak nangis sebab ada kawan. Hehe :D Cerita tu memang sweet sangat-sangat. Dengan hero dia yang kacak gitu lorh dan heroin dia yang so beauty ! pelakon Malaysia campur dengan pelakon Indon. Pengarah sekarang memang kreatif buat filem. Tambah lagi filem tu dorang buat shooting kat Sabah Di Bawah Bayu. Tempat ain lahir tu. Dan tempat ain tengah duduk study sekarang ni. Bila tengok je dorang shoot kat Kota Kinabalu, ain dengan kawan tu terus tanya dorang shoot kat mana? Kesian kan ain. Biasa lah, jarang sangat pengarah buat lokasi shooting kat Sabah ni. Sebab tu kuno gila. Haha :D Minta kat pengarah-pengarah kat SM sana atau pun bakal-bakal pengarah, buat lah shooting kat Sabah ni. Banyak tempat best kat Sabah ni juga. Mana lah tahu ain boleh jadi pelakon filem, tak dapat jadi heroin pun tak apa, jadi pelakon tambahan pun boleh je [cewahh, ada hati rupanya nak jadi pelakon !].

Jauh juga mengarut. Sambung pasal cerita GM tu ye. Ain tahu mesti dah ramai yang tengok cerita tu, ain je ni yang tertinggal. Kesian lagi kat ain. Haha :P Zamani? Mikha? Hah, tu lah nama dia [hero dengan heroin lah !]. Zamani tu Kamal Adli, Mikha pula pelakon Wanita dari Indon [ tak tahu nama dia la].  Awal cerita tu best, tapi yang last tu tak best. Ain cakap tak best sebab hero dia meninggal. Tak best lah buat filem macam tu. Next time jangan bagi hero dia yang meninggal, bagi orang lain pula. Sedih lah masa part Zamani tu meninggal, Mikha pun ada dekat dia. Ain tak mahu jadi macam tu. Kesian kat Mikha :’( [kenapa feel sangat aku ni? huhu]

Cerita pasal tu dah habis, sekarang ain nak cerita pasal cerita Patah Seribu yang ain baru tengok semalam. Ni pun salah satu cerita yang dah lama ditayangkan dan ain baru dapat tengok. Cerita ni bukan ditayangkan kat pawagam, tapi kat Astro Ria. Masa cerita ni main kat astro, ain masih kat KK. Rumah sewa ain tak pasang astro, sebab tu tak dapat tengok masa tu. Kesian sangat-sangat kan L Ok, hero dengan heroin cerita ni pun ain suka juga sebab pasangan kekasih. Sharnaaz dengan Shila Amzah. Ain nak cerita sikit je lah pasal ni. Sama macam cerita GM tu juga. Mula-mula best, lepas tu ending dia dah tak best. Hero mati ! Alaaa, jangan lah bagi mati hero. Sedih lah [macam aku je jadi heroin kalau hero dah mati].

‘Patah seribu hatiku bila mengenangkan segala yang kita bina bersama’ [sesuai tajuk lagu dengan jalan cerita dia]

Ain ni cepat sangat feel kalau tengok cerita ending macam tu, kadang sampai nangis bagai. Hehe :D buat malu kaum hawa je. Tapi tak apa lah, kaum hawa kan hati dia lembut, cepat tersentuh. Betul tak kaum hawa?



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

28 June 2012

Jangan Jadikan Aku Seperti Ikan Itu

Jika kamu memancing ikan
dan
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu
janganlah sesekali kamu lepaskan ikan itu semula ke dalam air begitu sahaja
kerana
ikan itu akan terasa sakit disebabkan bisanya ketajaman mata kail
dan
mungkin juga ikan itu akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah dia mulai menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
kerana
dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.




ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

16 June 2012

Selamat Datang Mr.F


Assalamualaikum blog readers !
(*_*)



Baru ain ada masa nak update blog hari ni. sebab sebelum-sebelum ni lappy kena virus, so kena hantar pergi klinik untuk sembuhkan dia. hehe. lepas lappy dah sembuh, ada satu masalah lagi yang timbul iaitu, masalah bb yang slow macam siput tak makan ! huh !


ok lah, lupakan pasal tu. berkaitan dengan tajuk entry kat atas tu, ain nak cerita sikit lah pasal apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. banyak sungguh cerita yang berlaku tau ! contohnya, ain bergaduh dengan abang sayang ain [MR.F]. ala, perkara biasa lah tu bab gaduh-gaduh ni.


Cerita yang paling best sangat-sangat selepas bergaduh tu, mr.f ain datang lawat ain kat sini. suprise ! ya ! macam yang ain pernah bagitahu hari tu dalam entry ini, yang ain tengah tunggu kena lawat je. dan sekarang mr.f tu dah ada bersama ain. masuk hari ni mr.f dah ada kat sini tiga hari dua malam. cewahh ! macam dapat hadiah percuma tidur hotel je kan. haha. ok lah, mula-mula ain nak cerita pasal first day mr.f kat rumah family ain. apa yang dibuat. hari pertama tu mr.f tidur je. penat lah katakan. jauh tu kota kinabalu ke lahad datu, duduk dalam bas berjam-jam. ain?? ain pun tidur juga lah sebab satu malam ain tak tidur. tak sabar-sabar tunggu mr.f sampai kat lahad datu. hati ni rasa tak tenang je selagi ain tak nampak wajah mr.f ain tu. bila mr.f dah ada depan mata, ain tak tidur-tidur juga. panjang je cerita kami masa dalam kereta tu. last-last ain terlelap juga sekejap. sampai rumah, ain sambung tidur lagi. petang pula, ain dengan mr.f pergi pantai. bawa mr.f jalan-jalan, tapi mr.f juga yang driving. hehe.


Masuk second day pula bersamaan dengan kelmarin, memang ain tak tahu nak buat apa. memang rutin harian ain sebelum mr.f datang pun cuma bosan duduk rumah. dah ada mr.f, mungkin mr.f pun rasa bosan juga sampai lah mr.f bagi cadangan untuk buat kek. so, bahan nak buat kek tu ada yang kurang, ain dengan mr.f lah yang pergi beli barang-barang tu. beli sekali barang untuk buat aiskrim lah juga. mr.f ain tu suka sangat makan aiskrim. bila kek yang di buat dah siap, nampak sangat la kek tu tak berapa menjadi. ada yang kurang. rasanya susu cair lah tu. macam-macam lah nak letak kat atas kek tu, nak tulis happy birthday lah, happy monthsary lah. HB tu untuk mr.f ain, even birthday mr.f dah lepas (Selamat Hari Tua untuk Abang). yang HM tu pula, sempena ulangbulan yang ke-9 ain bersama mr.f esok. last-last, kek kosong yang siap. hampeh ! its ok lah.



ini lah kek coklat hasil kami berdua !
*rasa-rasa sedap tak?*

Lepas tu, semalam pula ain dengan mr.f buat aiskrim. aiskrim perisa yam, vanila dan coklat.
tengok lah gambar kat bawah ni !


satu mangkuk aiskrim perisa yam dah habis ain dengan mr.f makan. tapi mr.f lah yang paling banyak makan. memang mr.f suka sangat makan aiskrim. haha !


*anyway, thanks for everything my dear !

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

10 June 2012

Apa Perasaan Kamu?

Assalamualaikum readers !


Apa perasaan korang?


Bila girlfriend/boyfriend korang keluar dengan mama dia, lepas tu ada seorang perempuan/lelaki ini ikut dengan dia jalan sekali. Anak kawan mama katanya. Umur perempuan/lelaki tu lebih kurang juga dengan umur si dia.
Apa korang akan fikir?
Apa yang korang rasa?


Tambah lagi korang belum pernah dipertemukan dengan keluarga si dia. Mungkin juga si keluarga tidak tahu tentang hubungan ini.


Apa perasaan korang?

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

9 June 2012

'Aku Pasrah'

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia


Pagi ini ain nak buat entry tentang...
Em, tentang apa ye?
hah! tentang lagu blog ain boleh tak? ada ke orang yang nak baca entry ain kali ini? ain harap ada lah yang sudi baca. kalau tak nak baca, like pun jadi lah. yang dah baca tu jangan lupa nak komen-komen sikit :D


Macam mana lagu kat blog ain ini? best kan. rasanya ramai yang dah tahu tajuk lagu dan penyanyinya sekali. tapi ain nak bagitahu juga kat korang yang belum tahu tu. [yang dah tahu, duduk diam-diam je :D] Tajuk lagu ini 'Aku Pasrah' yang telah dinyanyikan oleh artis yang ain minat juga. 'Yana Samsudin'. Lagu ini ada kat dalam filem Mami Jarum Junior. Dalam youtube pun korang boleh tengok, kalau nak tengok KLIK SINI ye dear.


Sebenarnya ain minat dekat Yana tu baru saja. Baru ain tahu sangat pasal Yana semenjak dia dah banyak belakon filem ini. Tambah-tambah lagi dia selalu belakon dengan Shaheizy Sam. Huh! memang best lah, sama padan lagi. Macam dalam cerita Bini Bini Ku Gangster tu, ain suka tengok watak Yana yang lasak tu. memang hebat la Yana! Yang ain tak sabar nak tengok filem terbaru Yana, cerita Kau Ada, Aku Ada yang dah ada kat pawagam 24 Mei 2012 lepas. Teringin sangat ain tengok cerita tu, tapi apa kan daya ain. memang tak dapat nak tengok cerita tu dengan abang sayang ain lah sebab ain berjauhan dengan dia. Ain selalu tengok wayang dengan abang sayang ain tu. nampaknya ain kena tunggu full movie cerita tu lah, ain nak download je. kalau korang dah jumpa full movie cerita tu, tinggal-tinggalkan lah link dekat kotak komen entry ini ye. ain betul-betul nak tengok cerita tu tau!


Lagi satu, ain nak tanya korang lah. cerita 8 JAM tu bila keluar ye? rasanya dah lama iklan trailer pasal movie 8 JAM tu. hari tu dekat iklan cakap COMING SOON 2011, tapi sekarang dah masuk pertengahan 2012, cerita tu belum lagi keluar. ada yang cakap movie tu main lapan jam. betul ke? ain tak sabar juga nak tengok cerita tu sebab, Yana pun belakon dalam filem tu juga!




Apa-apa pun, semoga kak Yana Samsudin akan terus mekar berkembang dalam bidang perfileman dan bidang nyanyian.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

7 June 2012

Gaduh tapi Bahagia

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.


Malam macam ni ain rasa nak update blog pula. Bersesuaian dengan tajuk entry kat atas tu, Gaduh tapi Bahagia! Mesti korang rasa pelik kan? Ya la, sebab gaduh boleh buat ain dengan dia rasa bahagia. em, bahagia ke? biar la ain, dia dan Yang Maha Mengetahui saja yang tahu. Kepada sesiapa yang pernah atau selalu baca entry-entry ain sebelum ni, memang mereka akan faham tentang kisah cinta ain dengan dia. kisah ain dan dia tak sama macam jalan cerita Cinderella, Puteri Gunung Ledang, Puteri Salju atau mana-mana cerita dongeng. Ini adalah kisah cinta yang memang asalnya dari ain dan dia [tak copy mana-mana pun].


Nak dijadikan cerita. sebenarnya ain boleh juga dikatakan selalu/kerap/sering bergaduh dengan dia. benda yang digaduhkan tu tak lah juga besar mana. bukan juga gaduh pasal ada pasang lain ke, tak setia ke. tak lah gaduh sebab perkara tu sebab ain setia tau, dia pun setia [ye ke?? erm]. dia memang setia, walaupun tak boleh percayakan lelaki seratus peratus, tapi ain boleh nampak kesetiaan dia tu. sebab...
kalau kita tak percaya pada pasangan, macam mana hubungan kita nak berkekalan, betul tak? kalau kita selalu main tuduh-tuduh dengan pasangan kita tu, contohnya, 'eh, kau ada orang lain kan? mengaku saja la!'. pasangan tu akan rasa tak dipercaya dan dia akan buat lah apa yang korang tuduh tu. hah, macam tu lah. dia buat sebab dia rasa, 'ala, dia bukan percaya kat aku juga, bagus aku buat saja terus'. so, berhenti lah tuduh pasangan kita yang bukan-bukan. ok?


*mengarut kejap. hehe*


Bila ain dah gaduh dengan dia, [gaduh tak lama pun] akan mula la sesi pujuk memujuk. hah! sesi yang pujuk memujuk tu yang best dan di sesi tu lah buat ain rasa bahagia. memang best lah kalau dah main pujuk-pujuk. lepas dah main pujuk-pujuk, bahagia tu rasa bertambah-tambah tau. yang selalu kena pujuk, ain lah. hehe. ain suka tau kalau dipujuk, lebih lagi bila si dia yang memujuk. sweet sangat-sangat kalau dah kena pujuk. tapi kalau dalam telefon, ain lah yang kena memujuk. tak boleh juga dia terus yang pujuk, sesekali ain mesti rendahkan ego, bukan publisiti murah sangat, tapi semua tu untuk selamatkan hubungan ain dengan dia. tak boleh lah berkira sangat kalau jadi perempuan ni. ain mesti seimbangkan.


sekarang ni, exam dia dah habis. tinggal tunggu dia datang lawat ain je kat sini. harap-harap ada rezeki nanti boleh lah dia datang tengok-tengok ain yang jauh ni [satu negeri, lain daerah]. korang pun doakan lah ye :)


tanx!




ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

5 June 2012

Tutorial Mister Linky

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Ha! hari ni ain nak belajar buat entry yang special sikit daripada entry-entry yang lain. Ain nak belajar buat entry tentang tutorial. harap-harap menjadi la ye.


Tutorial ni adalah macam mana kita nak orang yang tengok blog kita tinggalkan jejaknya supaya kita boleh follow dia balik.


1.Pertama sekali, korang kena pergi kat Mister Linky.


2.Lepas tu korang klik la 'register' tu.


3.Korang isi la semua yang kat dalam box tu ye. user id tu macam username la juga. cth:ain123


4.Dah register?
Korang pergi la confirm kan dulu kat email yang korang dah masukkan tadi tu. Dah sign up, klik macam kat bawah ni.



5.Dia suruh log in balik. korang log in la guna id dan password yang korang buat tadi tu.

6. Lepas tu klik 'wizard'. then, ikut macam anak panah tu tunjuk kat bawah ni.


7.Siap! tp tak siap sepenuhnya lagi tau.
korang 'generate code' and then boleh lah copy code tu.

8.Dashboard > Layout > Add a Gadget > Html/JavaScript.

9.Paste kan code tadi kat box  Html/JavaScript.

10.Siap!

hah, ni la tutorial pertama yang ain hasilkan. akhirnya berjaya juga! korang try la ye.


sumber : Lyssa

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

4 June 2012

Tolong LIKE FANPAGE mukabuku saya

hye semua.. harap boleh la LIKE FANPAGE FACEBOOK ni ye.. terima kasih semua :)

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Kisah Kita




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Di pagi yang indah ini terasa hati aku ingin menulis. Sebenarnya sudah lama hati ini ingin menulis sesuatu, menceritakan sebuah kisah, berkongsikan masalah. Akan tetapi, hati yang sedang bahagia telah dicemburui oleh bb yang line dia lembab macam siput.

Sambil² dengar lagu firman yang bertajuk kehilangan.

“Sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila. Seandainya kamu bisa mengulang kembali lagi cinta kita. Takkan ku sia-sia kan kamu lagi.” (lalalalalalalalalala)

Dah ditinggalkan, baru nak cakap tak mau sia² kan dia. Masa masih sama², balik² sia² kan dia. Baru padan muka. Haha. Lagu.. lagu..

Ish, jauh juga aku mengarut ya. Abang! Ya, aku rindu abang sayang aku. Rindu sangat²! Even aku rasa hampir setiap hari kita bergaduh tapi semua tu tak pernah sedikit pun mengurangkan rasa rindu apatah lagi sayang dan cinta aku terhadap kau. If aku jauh di sana, family aku yang aku rindu. Tapi sekarang ni dah bertukar dan beralih arah. Family depan mata aku sudah.
Rasanya hampir sebulan sudah aku bercuti di LD ni, dan selama sebulan ini juga la macam² berlaku antara aku dengan kau. Rutin harian kita adalah pergaduhan. Tapi gaduh juga la yang buat kita bertambah dekat dan bahagia. If korang tak percaya, korang try la. Kadang² aku pandai juga sakit hati masa gaduh tu sebab perkara yang tak sepatutnya kita gaduhkan pun kita boleh jadi bergaduh. Dan paling aku sakit hati bila kau keluarkan ayat² yang aku tak suka dengar. Macam kau suruh aku cari lelaki lain. Arghh, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati bila aku dengar semua tu. Rasanya dah tak terkira lagi berapa kali sudah kau cakap macam tu kat aku.

Ah, lupa kan!

Aku nak cerita pasal minggu ni pula. Minggu ni minggu final exam kau, tapi hari khamis tu  paper last untuk minggu ni. 9 hari dari sekarang kau akan ada exam dengan ST pula. Aku harap kau boleh buat dan jawab dengan baik, ok? Sebab semua tu masa depan kau. Mungkin juga masa depan aku dan bakal anak² kau nanti. Insya-Allah. Ya Allah, permudahkan lah segala urusannya ya Allah. Amin.
Nak cerita pasal dua malam pula, entah lah dah jam berapa masa tu. Time tu aku dah tidur, kau call aku. Biasanya setiap malam aku silentkan handphone aku sebab aku takut abah dengan umi aku marah bila dengar handphone aku berdering tengah² malam. Tapi semalam aku tak bagi silent, bukan juga lupa, tapi aku memang sengaja tak mau silentkan. Macam aku tau²jak yang kau akan call aku. [sebenarnya aku langsung tak tau pun].

Dan! Ya, betul! Kau call aku tengah malam. Kau call untuk bagitau aku yang kau pass untuk subjek teori elektrik. Actually, aku happy juga dengar berita tu sebab subjek tu kau takut, jadi aku pun automaticly risau la juga. Alhamdulillah, akhirnya kau lulus juga. Tapi, disebabkan aku tidur time kau call, aku tak berapa layan sangat cerita kau tu pasal aku mengantuk. Aku tau mungkin kau kecil hati sebab aku buat tak kisah, tapi aku nak kau tau yang aku tersangat² happy dengar berita tu. Ibaratnya macam aku yang lulus. Sebab, if kau berjaya, aku pun berjaya juga. Kau tu pun masa depan aku dan sebelum kau jadi masa depan aku sepenuhnya, kau mestilah ada masa depan. Semua tu untuk kebaikan dan kepentingan kita bersama dan keluarga kita. Kau ada juga bagitau aku yang kau terjatuh sebab terlampau happy bila dapat tau yang kau lulus. Aku cuma mampu tersenyum dengar cerita kau yang lucu tu. Tapi aku rasa, if kau cerita face-to-face dengan aku, aku akan ketawakan kau kuat². Haha. Kau mesti tau macam mana aku ketawa bila tau cerita lucu macam tu. Jangan marah tau.

*andainya abg terbaca entry ni, mohon maaf ya sekiranya terkasar bahasa dan ada yang menyakitkan hati. Syg cinta abg syg seorang selamanya*


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

8 May 2012

Selamat Hari Tua untuk Abang


Assalamualaikum.


Sekian lamanya aku tidak melawat blog aku ni yang kini hampir dipenuhi sawang.[padahal tak la lama mana pun.hehe]


Bersesuaian dengan tajuk entry aku kat atas tu. hah, hari ni merupakan hari ulangtahun abang sayang aku. haha. nampaknya abg aku dah tak sebaya dengan aku lagi.


*yes². aku muda dari kau!*


em, sebenarnya aku sedih juga la. sebabnya. aku tak dapat nak buat dia untuk tiup lilin dan potong kek yang aku buat beli. aku kat kampung, tengah bercuti. dia pula jauh kat sanaaaa. [sori ye abg]


tapi ada lagi yang lebih sedih. semalam dia sakit. demam. risau. kawan² dia semua sibuk, tak ada siapa yang tahu dia sakit. kesian dia. aku nak call, dia cakap nak rehat. aku minta call sekejap je. dia cakap, ok. aku call, dengar suara dia lain. memang sakit. aku suruh dia pergi isi perut, makan ubat. tak ada ubat. aku risau lagi. aku paksa dia minta kat kawan dia. tak boleh dibiarkan sakitnya. dia makan ubat lepas tu tidur. aku tak mahu ganggu dia tidur.


sejam sebelum 8 mei 2012, aku hantar mesej kat dia. wish birthday dia. aku takut tertidur, sebab tu aku wish awal². 12.50am dia call, aku jawab. dia cakap belum lagi tanggal lapan. pelik la! aku tetap juga betulkan apa yang salah. rupanya kalendar dia salah, 2013. haha. nak cepat sangat 2017 la tu.


entah di mana silapnya, ada lagi yang salah faham. memang aku tak faham kenapa boleh jadi macam tu. aku cuma cakap kat dia,'orang harijadi tak boleh marah²'. pagi² biasanya dia mesej aku, tapi pagi ni langsung tak ada mesej. aku mengalah, aku mesej. tak ada respon.


kenapa??
apa lagi salah yang aku buat??


aku suruh dia mesej kalau free. sekarang dah 1.05pm, kenapa aku belum terima mesej dari dia. mana dia pergi? aku harap dia ok je.


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

23 April 2012

Dah Habis Dah..


Assalamualaikum.
Hari ni adalah hari yang sangat membosankan. Walaupun aku dapat online 24jam, tapi aku tetap rasa bosan. Entah apa sahaja yang aku online kan hari ni. Tapi aku bersyukur sangat sebab aku dah terlepas dari paper-paper yang menyeramkan aku dalam bulan ni. Semalam merupakan hari terakhir aku duduk dalam dewan peperiksaan untuk semester ini dengan paper Intermediate Accounting II. Paper yang boleh buat aku dan kawan-kawan aku yang lain menangis (tapi sebenarnya tak menangis pun). Mak ai, susah dowh! Aku rasa semester ni banyak sangat soalan-soalan yang susah. Dari paper yang pertama sampai last paper, setiap kali ada antara housemate aku atau aku balik dari exam, kami mesti akan bertanya soalan yang sama. "Macam mana paper? Senang?". Begitulah soalan yang kerap ditanya oleh antara kami. Kenapa lah UTM buat soalan susah macam tu ye?
Walaupun susah, aku bangga juga dengan diri aku sebab aku ada study. Aku study sampai lewat malam juga la kalau aku tahan. Tapi kalau aku tak tahan mata, aku terus tidur. Sebelum tidur selalu cakap nak bangun tengah malam atau subuh. Bangun tu memang la bangun, tapi aku tidur balik. Haha. Tapi ada satu paper ni aku study dari pagi sampai la ke petang. Ingat nak sambung malam, tapi aku penat sangat. Malam aku tidur sekejap, dalam jam 10 aku bangun dan sambung study sampai la jam 3 pagi. Mana tak nya, hari ni paper PPO, lepas tu selang sehari ada paper Audit. Aku ada masa sehari untuk study Audit. Dah la Audit tu teori, mesti banyak baca dan hafal. Dan aku paling tak suka teori. Kalau bagi aku teori dengan calculation, aku sanggup lagi ambil yang mengira. Mungkin sebab aku suka mengira. Hehe.
And now i'm trying to clean and get rid of acne on my face of that i'm not invited. Sakit la dowh!
Dan aku harap juga aku dapat cuti yang enjoy. Lama tu! Aku nak belajar jahit baju kurung dengan umi aku. Kalau aku dah pandai jahit baju sendiri, boleh la aku beli kain banyak-banyak dan aku jahit sendiri. Mesti best kan?!
Ok lah, aku nak pergi rehat. Laptop ni mesti dah bosan tengok aku. Haha.
Bye!





ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

13 April 2012

Hati yang disakiti


Makin hari aku rasa hati aku ni selalu rasa sakit. 
Malah jantung pun macam terkena effect nya juga!
Macam aku rasa bosan sudah dengan semua masalah yang aku hadapi.
Makin hari makin bertambah-tambah masalah.
Makin hari makin teruk pergaduhan tu berlaku.
Dan makin hari makin aku tidak sanggup untuk melalui hari-hari yang sering membuatkan hati aku terasa sakit sendiri.
Mungkin juga sebab aku makin hari makin meningkat tua. haha.
Damn!


Masalah tu muncul time-time macam ni. Tibanya langsung tidak sesuai dengan masanya. Dengan aku yang tengah berperang dengan soalan-soalan final. Yang senangnya tidak terlalu senang, yang susahnya bertambah susah untuk aku jawab. Sebab masalah-masalah yang kau bagi untuk aku sedang mengganggu akal fikiran aku yang kini masih dipenuhi dengan nota-nota, formula-formula yang akan menjadi senjata-senjata aku dalam dewan peperiksaan. Senjata-senjata itulah yang akan tentukan masa depan aku, pointer aku, result aku. Semua nota dan masalah yang ada dalam otak aku ni juga sedang bergaduh menolak antara satu sama lain. Yang nota menolak masalah, yang masalah menolak nota. Walaupun nota yang diutamakan, tetapi masalah telah berjaya bertahan dalam otak aku yang kecil ni.


So, aku just boleh wish luck untuk diri aku sendiri. Aku pasti boleh buat. 'Jika aku fikirkan aku boleh, aku pasti boleh lakukan!'



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

6 April 2012

DANBO yang Comel!!


Assalamualaikum.


Hari ni aku cuma ingin bercerita tentang 'dia' yang baru aku tahu akan kewujudannya dan dia yang teramat-amat comel.
Sebenarnya, aku baru tahu pasal dia yang comel tu.
Tapi hubby cakap, dia tu dah lama wujud. Mungkin cuma aku jak yang tak tahu (ketinggalan zaman la pula).


Aku suka tengok dia. Aku suka semua nya yang ada pada dia. 
Kepala.
Mata.
Mulut.
Telinga.
Tangan.
Kaki.
Hidung? Haha, 'dia' tak ada hidung la......


Dia tu pandai bergambar tau. Dia pun pandai ambil gambar.
Memang comel. Sangat comel.
Dia boleh jadi ayah, boleh juga jadi ibu.
Sebab dia ada anak. Anak yang comel sangat-sangat.
Dan dia juga ada pasangan. Sama lah macam aku.


Kadang-kadang dia snap gambar sendiri.
Kadang-kadang dia snap gambar dengan pasangan dia.
Kadang-kadang dia snap gambar dengan anak dia.
Kadang-kadang dia snap gambar dengan family dia.
Dengan siapa pun dia snap gambar, di mana tempatnya, dia tetap comel.


Jom kita tengok dia yang comel tu.












































hah. itu lah dia yang comel tu!
Nama dia, DANBO.
Comel kan??



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini