Mood : sedih sangat-sangat.
Aku
pun tak tahu kenapa aku rasa teruk sangat hari ni. Memang teruk lah.
sebab dia suka sangat cakap pasal perkara yang aku tak pernah buat, aku
marah dia. Salah aku ke? salah aku ke marah-marah dia. Aku marah teruk
sangat kat dia. Mesti dia rasa lain. Aku tak pernah marah dia seteruk
tadi. Tapi kalau pasal gaduh tu, aku pernah gaduh teruk sangat-sangat
dengan dia. Aku ni baran ke. Aku bukan gadis ayu ke. Kalau aku dah
marah, semua aku akan cakap. Semua tu means perkara-perkara yang boleh
buat dia kecil hati. Ya, aku tau dia kecil hati sebab aku marah dia
macam tu.
Aku malu. Malu sebab terkasar bahasa dengan dia. Maaf kan aku.
Tapi
aku tak boleh biarkan dia cakap perkara yang aku tak pernah buat dan
tak akan buat. Aku yakin yang aku tak akan buat apa yang dia selalu
cakap tu. Sebab aku sayang dia seorang ja. Aku cuma mahu dia seorang ja
untuk jaga aku, lindung aku, sayang aku, cinta aku, sentiasa bersama aku
saat-saat aku dalam kesusahan, kesedihan.
Mungkin,
Keyakinan
dan kekuatan cinta aku untuk dia belum cukup lagi. Belum cukup untuk
dia buang semua sangkaan buruknya terhadap aku. Aku yang mungkin masih
belum mengenal makna cinta sejati pada pandangannya. 21 tahun sudah aku
hidup, bodoh lah aku kalau masih memerlukan cinta hanya untuk hiburkan
hati atau hilangkan bosan. Ya, mungkin dia belum memahami aku. Dia belum
memahami isi hati aku yang sebenarnya. Cinta aku untuk dia. Dia yang
akan menjadi penjaga ku saat aku jadi miliknya yang sah.
Mana
mungkin aku akan kecewakan family aku yang tersayang. Dengan harapan
mereka yang selalu mengharapkan aku bahagia dengan dia. Memang itulah
yang aku dan dia impikan. Untuk hidup bersama selamanya. Walaupun masih
terlalu awal, tapi aku mesti belajar menghargai semua mulai saat ni.
Insyaallah, dengan berkat doa family aku dan dia, kami akan bersama satu
masa nanti. Amin...
No comments:
Post a Comment