Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

24 January 2012

Satu Hari Nanti Aku Nak Jadi Macam Dia


Hari ni aku rasa aku macam nak update blog. Aku nak story sikit pasal aku nak jadi apa. haha.


*Terasa lucu dan senyum sorang-sorang.


Sebenarnya aku nak jadi princess. `Princess Ain`. Memang lucu lah kan?
Lepas tu aku nak jadi macam dia. Aku nak jadi cantik macam dia. Eee, aku geram la tengok muka dia yang cantik dan comel tu. Tapi aku boleh ke jadi macam dia. Tak sepenuhnya, tapi apa yang aku suka sangat bila tengok dia, cara dia pakai. Fesyen dia, style dia. Sangat-sangat buat aku tertarik dan nak jadi macam dia juga.


Huh, dia memang lawa. Tapi tu bagi aku, tak taw la bagi orang lain. Em, lau orang lain cakap dia tak lawa, tak cantik, orang tu memang dah buta. Tak tau lah nak cakap apa lagi kat orang-orang tu.


Aku tak kira, aku nak jadi macam dia juga. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti. InsyaAllah.


Bye!




ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

21 January 2012

Cinta Pada Aku


Cinta itu adalah kesabaran.
Cinta itu adalah sejenis kasih sayang manusia terhadap manusia.




Cinta,


Tidak cemburu
Tidak memegahkan diri
Tidak sombong
Tidak biadap
Tidak mementingkan diri
Tidak juga mudah marah.


Cinta juga sentiasa memastikan tiada rekod yang salah
Cinta tidak menggembirakan di dalam sebuah pembohongan, tetapi bersukacita dengan sebuah kebenaran
Cinta akan melindungi, akan sentiasa benar, akan sentiasa berharap.




Cinta itu tidak pernah gagal


kerana


Cinta penuh keimanan, harapan dan kasih sayang


Tetapi


Yang PALING BESAR itu tetap CINTA.



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Yakin kan Sayang Aku


Mood : sedih sangat-sangat.

Aku pun tak tahu kenapa aku rasa teruk sangat hari ni. Memang teruk lah. sebab dia suka sangat cakap pasal perkara yang aku tak pernah buat, aku marah dia. Salah aku ke? salah aku ke marah-marah dia. Aku marah teruk sangat kat dia. Mesti dia rasa lain. Aku tak pernah marah dia seteruk tadi. Tapi kalau pasal gaduh tu, aku pernah gaduh teruk sangat-sangat dengan dia. Aku ni baran ke. Aku bukan gadis ayu ke. Kalau aku dah marah, semua aku akan cakap. Semua tu means perkara-perkara yang boleh buat dia kecil hati. Ya, aku tau dia kecil hati sebab aku marah dia macam tu.

Aku malu. Malu sebab terkasar bahasa dengan dia. Maaf kan aku.
Tapi aku tak boleh biarkan dia cakap perkara yang aku tak pernah buat dan tak akan buat. Aku yakin yang aku tak akan buat apa yang dia selalu cakap tu. Sebab aku sayang dia seorang ja. Aku cuma mahu dia seorang ja untuk jaga aku, lindung aku, sayang aku, cinta aku, sentiasa bersama aku saat-saat aku dalam kesusahan, kesedihan.

Mungkin,

Keyakinan dan kekuatan cinta aku untuk dia belum cukup lagi. Belum cukup untuk dia buang semua sangkaan buruknya terhadap aku. Aku yang mungkin masih belum mengenal makna cinta sejati pada pandangannya. 21 tahun sudah aku hidup, bodoh lah aku kalau masih memerlukan cinta hanya untuk hiburkan hati atau hilangkan bosan. Ya, mungkin dia belum memahami aku. Dia belum memahami isi hati aku yang sebenarnya. Cinta aku untuk dia. Dia yang akan menjadi penjaga ku saat aku jadi miliknya yang sah.

Mana mungkin aku akan kecewakan family aku yang tersayang. Dengan harapan mereka yang selalu mengharapkan aku bahagia dengan dia. Memang itulah yang aku dan dia impikan. Untuk hidup bersama selamanya. Walaupun masih terlalu awal, tapi aku mesti belajar menghargai semua mulai saat ni. Insyaallah, dengan berkat doa family aku dan dia, kami akan bersama satu masa nanti. Amin...


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

2 January 2012

Tahun pertama sambut NewYear


HAPPY NEW YEAR!!!


byeee 2011.. welcomeee 2012..


Semalam tamat lah sudah hidup aku melalui tahun dua ribu sebelas. Sekarang ni sudah masuk tahun baru. Aku tahu semua orang ada azam, azam baru setiap kali tiba tahun baru.


Tapi aku...


Setiap hari yang aku lalui untuk keesokan hari nya merupakan azam baru bagi aku. So setiap hari aku ada azam baru. Cuma antara tercapai atau tidak jak tu. Semua dari aku. haha.


If mau story pasal kenangan ni, memang la ada kenangan. Pahit dan manis. Kenangan manis aku tahun 2011, aku dapat beraya dan berkumpul dengan family besar aku. Even tak semua ada time tu, tp memang best la beraya ramai-ramai. Pahit?? Em, biar la kenangan pahit yang aku lalui tahun lepas dapat aku jadikan sebagai penguat semangat aku untuk terus maju.


Kenapa aku punya title macam tu?
Sebenarnya tahun ni aku sambut newyear dengan hubby aku. 1st time jgk aku sambut tahun baru dengan orang yang jadi kekasih hati aku sebab sebelum ni aku tak pernah sambut newyear dengan mereka yang pernah bergelar kekasih aku.
Untuk my dear Mohd Fandy, thanks ya sebab sudi bawa pergi tengok bunga api, even tak lah best sangat bunga api yang kita tengok malam tu, tapi memang best la. Hope tahun ni dapat lg sambut newyear untuk tahun depan dengan hubby n family aku sekali.

Insya-ALLAH..

Untuk pembaca blog aku, HAPPY NEW YEAR`2012`. Semoga tahun ni akan menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan. Dan aku harap juga dapat capai impian kami satu hari nanti.


Bye!

mood:hepy! sebab dah hepy newyear. Hehe. Tak la, aku hepy sebab umur aku dah 21tahun. Dah tua la aku :( 



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Perasaan Hati


Assalamualaikum w.b.t...


Aku terasa bila dia cakap macam tu kat aku. Tapi aku pun tak tau apa yang dia cakap tu memang untuk dirinya sendiri yang tengah mengalami situasi tu atau untuk aku yang juga turut sama sedang mengalami situasi tu. Entah la, aku rasa macam dia cakap tu semua untuk aku dan berkaitan dengan aku. Untuk dia atau aku?? Atau ayat-ayat yang diucap oleh dia dalam bentuk sindiran untuk aku (kalau dihayati betul-betul + dalam fikiran yang negatif) 

Kenapa??


Aku hairan juga sekarang ni boleh berlaku. Sebab jeles ka? Aku ada kamu, kamu yang aku sayang dan aku yang disayangi oleh kamu, dengan sepenuh hati kamu. Tapi kenapa perlu jeles dengan aku dan kamu? Ah, mustahil la sebab jeles! Sebab aku tau, dia mesti bahagia tengok aku hepy.


Untuk kau,


`Betul kan? Kau mesti tak mau tengok aku sedih macam sebelum ni kan? Kau mesti mau tengok aku sentiasa bahagia kan? Aku tau kau memang mau yang terbaik untuk aku. Aku pun mau yang terbaik untuk kau. Terima kasih sayang.`


Aku bukan mau orang lain tau hal ni. Aku hanya mampu menulis. Aku tak tau mau luahkan dengan siapa. Aku rasa aku tak patut cerita dengan sesiapa pun pasal ni. Dengan menaip ni, aku dapat kurangkan masalah-masalah yang tengah aku alami. AKU BUKAN MAU HEBOHKAN HAL NI. Aku minta maaf k. Dan aku takkan post di muka buku aku entry ni. Sebab kalau aku post di muka buku, mesti ramai yang akan baca dan tau pasal ni. Jadi aku tak mau la jadi macam tu. Page aku ni pun bukan ramai yang tau. Biasanya aku juga yang baca balik entry aku ni. Hahaha. Aku ni kan baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni, bukan macam Yana Yonet tu, dia dah jadi pro-blogger. (^_^)


PASAL `KAU`..


Semenjak kebelakangan ni, kita selalu bergaduh. Hal kecil pun boleh jadi besar. Entah la siapa yang salah sebenarnya. Aku tak mau salahkan kau dan aku pun tak mau disalahkan oleh kau. Kau selalu cakap yang aku tak pernah peduli kalau kau tengah bercakap dengan aku. Kalau kau tengah bercakap dengan aku, kau cakap aku tak ambil perhatian, dengar lagu, menyanyi, main game. Lucu juga kau ni kan. Hehehe. Aku bukan tak peduli apa yang kau cakap tu, aku dengar juga la.


Cuma aku tak mau la jawab apa yang kau cakap tu sebab aku tak mau gaduh dengan kau. Tu je. Kalau kau dah marah dengan aku, pas tu aku kena bagi respon dengan kau. Contoh la akuy pun tengah panas juga bila dengar apa yang kau cakap tu, kan benda tu boleh jadi gaduh. Kan bagus kalau  aku berdiam diri je. Aku tak mau la bila kau jadi api,  aku pun jadi api dalam masa yang sama. Nanti api tu boleh bakar kita, bakar hubungan kita. Tu yang boleh jadi gaduh. Seboleh-bolehnya biar la satu jadi air antara kita even tak selalu. Kalau kau marah, aku yang sejukkan kau. Kalau aku marah, kau sejukkan aku pula. Kan best macam tu. Tak la kita bergaduh besar. Dah dua-dua jadi apinya, sepa yang mau jadi air? Hmm.. Aku sayang kau la. Aku takkan lari dari dalam hati kau tau.  Aku duduk je kat dalam hati kau tu, aku tak pergi mana-mana juga k. Jangan risau la. Hati aku cakap, 


'Eh, ain! Aku dah rasa tawar la dengan 'mickey' yang lain. Aku cuma mahukan dia seorang je. Dia yang dah jadi superhero kau start dari 9september 17september sampai sekarang. Dah la ye ain, kau jaga la dia bagus-bagus. Kau jangan risau k, aku dah kunci diri aku ni untuk dia. Kunci tu pun aku dah buang jauh-jauh, entah la d mana sudah kunci tu mendarat. Mickey lain takkan dapat buka juga kalau tiada kuncinya. Melainkan orang dari negara Korea yang jumpa kunci tu, hah, baru la dia dapat buka! Haha. Tu kan angan-angan kau, mau cari orang Korea. Haha. Ketawa jiran aku ney.`


Kau dah baca kan apa yang hati aku ni cakap. Tu hati aku yang cakap tau. Hati pun pandai juga pakai lappy tau. Zaman semakin maju!


Ok la, aku rasa setakat ni jak entry aku kali ni. Seterusnya, entry aku berkaitan dengan tahun baru.


Bye!


*Entry yang dah lama aku nak post, tp baru sekarang dapat post. Dua bulan Dua hari yang lalu lagi aku mau post ney. tapi tak dapat. hahahahaaa.




ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini