Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

12 July 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.

Assalamualaikum blog readers
(*_*)


Jom join segmen ney.

^^klik banner^^

Tarikh tutup : 1 Ogos 2012


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

10 July 2012

Tutorial Header (Collage Style)

Assalamualaikum blog readers
(*_*)



Semalam ada request dari kawan ain. Macam mana buat header macam header blog ain. So, hari ni ain akan tunjukkan macam mana nak buat header ni.



Macam ni lah header ain sekarang.
Tutorial ni banyak sangat step tau.

UNTUK GAMBAR.
1. First sekali korang kena pergi SINI.

2. Lepas tu klik Create a Collage.

3. Klik macam yang anak panah tunjuk kat bawah ni.

4. Pergi Ducks in a Row.
Korang boleh lah pilih berapa banyak row korang nak guna. Buat macam biasa, upload gambar yang korang nak.

5. Then, sekali lagi klik macam anak panah tunjuk kat gambar ni.


6. Korang boleh adjust Spacing dan Corner Rounding ikut suka korang lah. Jangan lupa Tick Transparent Background supaya header korang ikut background blog.

7. Save Collage ! Simpan kat desktop je.

UNTUK TULISAN.
8. Ulang cara 1 kat atas. Lepas tu klik macam yang dalam box line pink(gambar).

9. Upload balik yang korang dah save kat desktop tadi tu untuk letak tulisan.

10. Pergi ke simbol P(dalam box pink) untuk pilih jenis tulisan. Then, add je lah. Pandai-pandai adjust tau untuk bagi nampak lebih cantik.


11. Dah siap, save lah kat desktop.

12. Dashboard > Layout > Header.

13. Upload kan gambar header tadi tu.

14. Siap !

Harap korang faham dan dapat buat header macam header ain yang cute tu. hehe :D
Kalau dapat buat, jangan lupa bagitahu ain ye.
Semoga Berjaya !









ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

6 July 2012

5 JULY 2012


Assalamualaikum blog readers
(*_*)

Pelik ke tengok tajuk entry kali ni? 5 JULY 2012 !

Kenapa ain buat tajuk macam tu ye? Hari ni kan dah 6hb. Hehe :D Sebelum ni kan ain dah post entry Wordless Wednesday #1(<-klik) di mana pada hari rabu para blogger post entry tanpa kata tapi hanya letak picture je. So, ain tak boleh nak berkata-kata, sebab tu lah letak picture tu. Nak tulis-tulis pun boleh juga tapi tulis atas kertas lepas tu ambil lah gambar. Bijak tak ain? Hehe.
Rasanya semua dah faham kenapa ain post picture tu kat situ dua hari lepas. Tak faham juga? Ok lah, ain straight to the point je lah. Actually, 5 JULY tu adalah hari ain lahir kat bumi Allah SWT yang indah ni.

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to Nuraini
Happy birthday to me

Alalaa, kesian ain nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Dan sekarang umur ain dah mencapai 21tahun. Rasanya umur ni lah yang dinantikan setiap mereka yang bergelar remaja. Ain bersyukur sangat sebab masih lagi diberi peluang untuk hidup sampai lah saat ni. Kepada mereka yang dah wish dan mendoakan ain semalam, terima kasih banyak-banyak ye. Untuk family ain yang tercinta, terima kasih atas doa serta semangat abah dan umi untuk ain. Tahun ni ain tak dapat sambut birthday dengan family ain sebab dorang jauh nun di sana(LD).

Sempena ulangtahun ain yang ke 21tahun, ain dapat hadiah yang very-very special dari mr.F. Bukan berbentuk barang, bukan juga duit atau apa pun yang korang fikirkan. Tapi.. jeng jeng jeng !
Em, pasal hadiah ni nanti je lah ain cerita, ok? Bila ain dah sedia, ain akan cerita kan apa hadiah tu. Harap korang semua menanti dengan penuh kesabaran.
Korang tahu tak cerita apa yang baru keluar kat pawagam semalam? Hah, cerita yang ain dan mr.F tunggu-tunggu tu lah. Ada kat SINI. Semalam sempena hari lahir ain tu, mf.F bawa ain keluar. Mula-mula tu mr.F bagi hadiah yang special tu kat ain. Tempatnya kat Tanjung Aru. Lepas tu, terus pergi tengok wayang kat One Borneo. Ain dah tengok cerita 8jam tu. Sangat best ! Tapi sedih :( macam nak mengalir juga airmata ni semalam [aku kalau dah tengok cerita melayu cintan-cintun ni semua sedih. hehe]

‘Pertarungan Nyawa Dan Cinta’
Alang cakap,’1 Malaysia nak tahu kenapa saya bunuh dia’
pandai penulis skrip buat skrip macam tu. Tapi memang betul pun, 1 Malaysia nak tahu.

p/s : kepada sesiapa yang belum tengok 8jam, pergi lah tengok cepat ! rugi tak tengok tau. hehe

Selesai tengok wayang, mr.F pergi bawa makan kat mcD. Tempat makan makanan kegemaran dia. Tapi ain juga yang buat demand. hehe :D
Dah habis makan tu terus lah mr.F hantar balik rumah. Walaupun dapat jumpa sekejap, tapi ain tetap rasa happy. Ye la, masing-masing sibuk, susah juga nak jumpa. dengan ain lagi yang baru nak mula semester, dengan mr.F yang sibuk kerja. hmm. sabar lah wahai hati.

untuk abg, terima kasih ya ![dah tak tahu nak cakap macam mana lagi]





ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

4 July 2012

Wordless Wednesday #1


Kenapa ye ain post picture ni?
em, nak tahu? nanti kan entry seterusnya.
InsyaAllah :D

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

1 July 2012

Bertahan atau Pertahankan?

Kenapa perlu bertahan andai hati tidak mampu?
Kenapa perlu pertahankan andai ia tak sekuat kamu?
Selalu kita dengar cinta perlukan pengorbanan. Tapi andai pengorbanan itu menyakitkan, ain tak perlukan pengorbanan itu. Cinta perlu dijaga. Memang tepat cinta perlu dijaga, tapi sekiranya cinta itu tidak menjaga, untuk apa teruskan cinta itu. Cinta itu tulus, suci. Sebab itu bila orang yang baru bercinta, sedang dilamun cinta, ia akan mengagung-agungkan cinta suci itu. Cinta itu indah, kata mereka. Memang cinta itu indah, andai kebahagiaan menyiraminya. Cinta akan bertambah indah andai apa yang di impikan bersama dapat dikecapi. Tapi ingat, cinta itu tidak akan terus deras mengalir dalam hati andai ada yang tidak berpuas hati. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh kita semua.

ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini