Assalamualaikum..
Hari
ini aku baru ada masa nak update blog aku yang dah kurang diberi
perhatian semenjak kebelakangan ini. Bukannya aku selalu online pun
sekarang ni, kalau aku online pun aku dah tak pernah nak log in blog.
Sebab, kalau aku nak online, setakat nak buat assignment je. Cari
maklumat kat internet. Log in facebook pun sekejap je, setakat tengok
yang merah-merah tu, kalau aku rasa penting sangat, aku reply la komen
tu tapi kalau tak penting aku tak reply. Jangan marah tau. Hehe.
Twitter?? Aku rasa aku langsung dah tak pernah log in, hmm bukan ada
apa-apa pun kat twitter aku tu. Follower aku pun tak ramai lagi.
Aku tak rindu pun semua log in-log in tu. Haha.
Dapat online sekarang pun sebab aku pinjam bb hubby aku.
Cakap pasal rindu, sebenarnya sekarang ni aku tengah demam rindu. Demam rindu dengan........................
*badan tengah panas ni*
Aku rindu dengan ramai orang.
Aku rindu umi!
Aku rindu abah!
Aku rindu nenek!
Aku rindu angah!
Aku rindu adik-adik! – arief, nana & bibi
Aku
rindu mereka semua. Aku nak jumpa semua. Tetapi aku jauh dari mereka.
Memakan masa yang lama untuk aku pergi ke sana, untuk jumpa mereka
semua. Naik bas, memang jauh, terlalu jauh bagi aku dan sangat memakan
masa yang lama. Naik flight, memang cepat sampai, tapi bukan senang nak
dapat tiket kapal yang murah. Aku bukan nak merendahkan diri, tapi itu
lah kebenarannya.
Hanya
untuk beberapa bulan sahaja aku perlu bertahan. Bertahan dengan hati
yang terlalu dan teramat-amat merindukan mereka semua. Aku harap mereka
pun merasa benda yang sama macam aku rasa semenjak beberapa hari ni.
Aku terlalu rindukan mereka!
*rasa macam nak nangis je aku*
Petang
tadi aku call kat sana. Umi aku yang jawab call aku. Aku dengar je
suara umi, aku ingat umi baru bangun. Sebenarnya aku silap. Umi tak
sihat! Aku risau. Umi tengah sakit. Kerisauan aku bertambah bila umi
cakap abah tak pergi kerja hari ni sebab nak jaga umi kat rumah. Teruk
sangat ke sakit umi? Yang aku tau, umi tak boleh berdiri lama-lama, rasa
pitam. Aku mula terfikir nak balik sana. Aku nak balik juga, aku nak
balik! Tapi aku tak berani nak bagitau, aku tak mau susahkan abah.
Aku harap umi akan sembuh cepat.
Amin…
No comments:
Post a Comment