Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

15 March 2012

Peristiwa di Malam Hari


Assalamualaikum.


Petang ini aku rasa ingin menulis, menulis sesuatu yang sangat-sangat memberi pengajaran dan kesan yang sangat mendalam untuk aku. Mungkin juga buat pembaca blog aku.


Ada satu malam ni, aku plan keluar dengan hubby aku. Macam biasa lah, dating! Tapi malam tu rupanya kami buat 'double date'. hehe.  Yang member aku seorang ni tak tahu yang bf dia pun keluar sekali dengan hubby aku, aku pun tak tahu juga. Tengah aku bersiap-siap tunggu ketibaan orang yang aku cinta tu, member aku dapat call dari bf dia merangkap member hubby aku tu lah. Bf member aku bawa member aku keluar sekali, nak pergi dating la juga tu. Aku tak kisah! Keluar ramai-ramai ni pun best juga.
Member aku pun pergi bersiap juga. Tapi aku dah siap time tu.

Dalam aku tengah tunggu member aku ni bersiap, aku pergi la keluar dekat tingkap, nak pastikan yang hubby aku dah sampai ke belum.
Hubby dah sampai! Dorang dah sampai! Dorang tunggu kat bawah. Aku tak tahu pun hubby dah sampai kat rumah aku sebab hubby tak text aku pun. Ah, tak kisah la! bukan tu yang aku nak ceritakan ni.


Member aku dah siap! So, jom la turun, dorang di bawah sudah tu.
Aku pun berjalan pergi pintu utama, member aku kat belakang aku je. Masa kami tengah keluar tu, orang dekat rumah tu tengah 'minum' & main judi. Ah, peduli apa aku! Lantak kamu la.


Aku pun turun tangga tu perlahan-lahan, terus pergi dekat hubby aku. Aku jalan pergi kereta dengan hubby aku. Aku biarkan member aku tu jalan dengan bf dia, kat belakang kami je. Aku dengan hubby dah masuk & duduk dalam kereta tu. Aku duduk kat depan, sebelah hubby aku yang memandu kereta tu.


*huh, dah nak klimaks ni.*


Lepas je member aku dengan bf dia masuk dalam kereta, dua-dua duduk kat belakang. Baru je kereta nak jalan ni. Ada pula salah seorang manusia dalam rumah aku tu turun pergi bawah tanpa memakai baju dan cuma pakai seluar pendek je. Mula-mula tu aku ingat dia nak pergi jumpa member dia kat bawah, mana la tahu member dia nak jumpa dia kan??
Rupanya sangkaan aku tu salah. Sangat-sangat salah.
Dengan tiba-tiba, dia buka pintu kereta kat bahagian belakang aku duduk(tempat bf member). Dia marah-marah. Banyak yang dia tanya time tu.
"Kau siapa?"
"Siapa dia ni?"
"Sejak bila lagi?"
Aku pun apa lagi, terkejut sebab tak sangka-sangka semua tu berlaku malam aku keluar date.


Gaduh! Cerita sudah pun bermula.
Budak lelaki tu apa lagi, mahu mahu dia bawa bf member tu 'sport' @ gaduh(mungkin! macam kuat sangat!). Siap guna bahasa macam dalam KL GANGSTER tu.
"lu"
"wa"
"ranggi"
Contoh ayat dia macam ni, "lu ranggi, wa lagi ranggi!" & banyak lagi lah yang dia guna.
Hubby aku pun dah mula naik angin masa tu, nasib baik lah aku dapat sabarkan hubby. Tapi dia mula naik angin balik bila budak lelaki tu tarik pintu kereta(mama dia punya kereta). Memang lah hubby marah, sebab tu kereta mama hubby. Aku pun marah juga!
Hubby turun dari kereta! Aku pun! Member aku pun sama!
Sikit lagi hubby aku 'sport' dengan budak tu(tolak-tolak bahu dah).Nasib baik ada lagi salah seorang makhluk dalam rumah aku turun & tahan budak lelaki tu, lepas tu kami terus jalan.


Sudah jalan!
Teringat kat member aku seorang yang tinggal dalam bilik. Ako call sekali, dia tak jawab! Aku dah mula risau. Aku call lagi then dia jawab. Nangis?? Dia menangis!


Aku dengan hubby balik ambil dia kat rumah. Otak aku berfikir apa yang berlaku kat atas tu yang membuatkan dia menangis. Kami tinggalkan member kami dalam kereta. Takut mengundang bahaya if semuanya ikut turun. Lepas tu kami jalan tinggalkan kawasan tu. Kami cari tempat stay untuk tenangkan semuanya, sampai lah ada seorang antara kami bagi ceramah sikit. Bukan setakat ceramah, tazkirah, ucapan, syarahan.. ah, semua lah dia bagi. Dengan aku aku sekali kena marah.


p/s:fikir masak-masak sebelum buat sesuatu. pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan!



ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

2 March 2012

Senang sama-sama, Susah lain-lain


Kita akan dapat ramai kawan bila masa tu kita senang.
Masa kita ada duit
Masa kita ada motor
Masa kita ada kereta
Masa kita tak ada masalah

Tapi, kita mesti ingat. Kawan tu boleh jadi sikit bila masa tu kita dah susah.

Masa kita tak ada duit
Masa kita tak ada motor
Masa kita tak ada kereta
Masa kita ada masalah
Dan masa tu juga lah kita akan tahu yang mana kawan dan yang mana sahabat.




ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini