Sila tinggalkan jejak anda. Saya akan follow anda!

Nuffnang Ads

8 May 2012

Selamat Hari Tua untuk Abang


Assalamualaikum.


Sekian lamanya aku tidak melawat blog aku ni yang kini hampir dipenuhi sawang.[padahal tak la lama mana pun.hehe]


Bersesuaian dengan tajuk entry aku kat atas tu. hah, hari ni merupakan hari ulangtahun abang sayang aku. haha. nampaknya abg aku dah tak sebaya dengan aku lagi.


*yes². aku muda dari kau!*


em, sebenarnya aku sedih juga la. sebabnya. aku tak dapat nak buat dia untuk tiup lilin dan potong kek yang aku buat beli. aku kat kampung, tengah bercuti. dia pula jauh kat sanaaaa. [sori ye abg]


tapi ada lagi yang lebih sedih. semalam dia sakit. demam. risau. kawan² dia semua sibuk, tak ada siapa yang tahu dia sakit. kesian dia. aku nak call, dia cakap nak rehat. aku minta call sekejap je. dia cakap, ok. aku call, dengar suara dia lain. memang sakit. aku suruh dia pergi isi perut, makan ubat. tak ada ubat. aku risau lagi. aku paksa dia minta kat kawan dia. tak boleh dibiarkan sakitnya. dia makan ubat lepas tu tidur. aku tak mahu ganggu dia tidur.


sejam sebelum 8 mei 2012, aku hantar mesej kat dia. wish birthday dia. aku takut tertidur, sebab tu aku wish awal². 12.50am dia call, aku jawab. dia cakap belum lagi tanggal lapan. pelik la! aku tetap juga betulkan apa yang salah. rupanya kalendar dia salah, 2013. haha. nak cepat sangat 2017 la tu.


entah di mana silapnya, ada lagi yang salah faham. memang aku tak faham kenapa boleh jadi macam tu. aku cuma cakap kat dia,'orang harijadi tak boleh marah²'. pagi² biasanya dia mesej aku, tapi pagi ni langsung tak ada mesej. aku mengalah, aku mesej. tak ada respon.


kenapa??
apa lagi salah yang aku buat??


aku suruh dia mesej kalau free. sekarang dah 1.05pm, kenapa aku belum terima mesej dari dia. mana dia pergi? aku harap dia ok je.


ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ

Simple Blogger. All Right Reserved by AinNuraini