Assalamualaikum.
Hari
ni adalah hari yang sangat membosankan. Walaupun aku dapat online
24jam, tapi aku tetap rasa bosan. Entah apa sahaja yang aku online kan
hari ni. Tapi aku bersyukur sangat sebab aku dah terlepas dari
paper-paper yang menyeramkan aku dalam bulan ni. Semalam merupakan hari
terakhir aku duduk dalam dewan peperiksaan untuk semester ini dengan
paper Intermediate Accounting II. Paper yang boleh buat aku dan
kawan-kawan aku yang lain menangis (tapi sebenarnya tak menangis pun).
Mak ai, susah dowh! Aku rasa semester ni banyak sangat soalan-soalan
yang susah. Dari paper yang pertama sampai last paper, setiap kali ada
antara housemate aku atau aku balik dari exam, kami mesti akan bertanya
soalan yang sama. "Macam mana paper? Senang?". Begitulah soalan yang
kerap ditanya oleh antara kami. Kenapa lah UTM buat soalan susah macam
tu ye?
Walaupun
susah, aku bangga juga dengan diri aku sebab aku ada study. Aku study
sampai lewat malam juga la kalau aku tahan. Tapi kalau aku tak tahan
mata, aku terus tidur. Sebelum tidur selalu cakap nak bangun tengah
malam atau subuh. Bangun tu memang la bangun, tapi aku tidur balik.
Haha. Tapi ada satu paper ni aku study dari pagi sampai la ke petang.
Ingat nak sambung malam, tapi aku penat sangat. Malam aku tidur sekejap,
dalam jam 10 aku bangun dan sambung study sampai la jam 3 pagi. Mana
tak nya, hari ni paper PPO, lepas tu selang sehari ada paper Audit. Aku
ada masa sehari untuk study Audit. Dah la Audit tu teori, mesti banyak
baca dan hafal. Dan aku paling tak suka teori. Kalau bagi aku teori
dengan calculation, aku sanggup lagi ambil yang mengira. Mungkin sebab
aku suka mengira. Hehe.
And now i'm trying to clean and get rid of acne on my face of that i'm not invited. Sakit la dowh!
Dan
aku harap juga aku dapat cuti yang enjoy. Lama tu! Aku nak belajar
jahit baju kurung dengan umi aku. Kalau aku dah pandai jahit baju
sendiri, boleh la aku beli kain banyak-banyak dan aku jahit sendiri.
Mesti best kan?!
Ok lah, aku nak pergi rehat. Laptop ni mesti dah bosan tengok aku. Haha.
Bye!
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ
Makin hari aku rasa hati aku ni selalu rasa sakit.
Malah jantung pun macam terkena effect nya juga!
Macam aku rasa bosan sudah dengan semua masalah yang aku hadapi.
Makin hari makin bertambah-tambah masalah.
Makin hari makin teruk pergaduhan tu berlaku.
Dan makin hari makin aku tidak sanggup untuk melalui hari-hari yang sering membuatkan hati aku terasa sakit sendiri.
Mungkin juga sebab aku makin hari makin meningkat tua. haha.
Damn!
Masalah tu muncul time-time macam ni. Tibanya
langsung tidak sesuai dengan masanya. Dengan aku yang tengah berperang
dengan soalan-soalan final. Yang senangnya tidak terlalu senang, yang
susahnya bertambah susah untuk aku jawab. Sebab masalah-masalah yang kau
bagi untuk aku sedang mengganggu akal fikiran aku yang kini masih
dipenuhi dengan nota-nota, formula-formula yang akan menjadi
senjata-senjata aku dalam dewan peperiksaan. Senjata-senjata itulah yang
akan tentukan masa depan aku, pointer aku, result aku. Semua nota dan
masalah yang ada dalam otak aku ni juga sedang bergaduh menolak antara
satu sama lain. Yang nota menolak masalah, yang masalah menolak nota.
Walaupun nota yang diutamakan, tetapi masalah telah berjaya bertahan
dalam otak aku yang kecil ni.
So,
aku just boleh wish luck untuk diri aku sendiri. Aku pasti boleh buat.
'Jika aku fikirkan aku boleh, aku pasti boleh lakukan!'
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ
Assalamualaikum.
Hari ni aku cuma ingin bercerita tentang 'dia' yang baru aku tahu akan kewujudannya dan dia yang teramat-amat comel.
Sebenarnya, aku baru tahu pasal dia yang comel tu.
Tapi hubby cakap, dia tu dah lama wujud. Mungkin cuma aku jak yang tak tahu (ketinggalan zaman la pula).
Aku suka tengok dia. Aku suka semua nya yang ada pada dia.
Kepala.
Mata.
Mulut.
Telinga.
Tangan.
Kaki.
Hidung? Haha, 'dia' tak ada hidung la......
Dia tu pandai bergambar tau. Dia pun pandai ambil gambar.
Memang comel. Sangat comel.
Dia boleh jadi ayah, boleh juga jadi ibu.
Sebab dia ada anak. Anak yang comel sangat-sangat.
Dan dia juga ada pasangan. Sama lah macam aku.
Kadang-kadang dia snap gambar sendiri.
Kadang-kadang dia snap gambar dengan pasangan dia.
Kadang-kadang dia snap gambar dengan anak dia.
Kadang-kadang dia snap gambar dengan family dia.
Dengan siapa pun dia snap gambar, di mana tempatnya, dia tetap comel.
Jom kita tengok dia yang comel tu.
hah. itu lah dia yang comel tu!
Nama dia, DANBO.
Comel kan??
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ
Assalamualaikum dan selamat malam.
Entry aku kali ni aku nak story pasal apa yang berlaku dua hari yang lepas. Bagi aku menyeramkan, tapi sangat menggembirakan.
??
Macam mana tu ya?
Sebenarnya dua hari yang lepas aku telah pun dipertemukan dengan seseorang yang aku segani la juga.
*berdebar-debar lak aku buat entry ni*
Memang sebelum ni aku teringin nak jumpa dengan dia, nak kenal dia.
Tapi bila masa tu dah tiba.
Aku takut. Aku segan. Aku gembira.
Masa berjumpa tu memang tidak dirancang dan masa tu terlalu singkat bagi aku.
Sesingkat mana masa tu, aku tetap happy. Dan aku hargai masa tu.
Entah bila lagi aku dapat jumpa dia.
"Maksu!"
Itulah yang hubby aku panggil dia.
Aku pun panggil dia macam tu.
Sebab dia Maksu hubby, dan juga akan jadi Maksu aku satu hari nanti. Insya-Allah.
Aku
sendiri tidak tahu apa yang membuatkan aku dengan dia dapat berjumpa
dalam keadaan yang tidak lah dirancang oleh mana-mana pihak. Aku mahupun
hubby.
Apa yang penting, aku gembira dapat jumpa Maksu! hehe :)
Harap-harap lepas ni dapat lah jumpa Maksu lagi.
ツTerima Kasih Kerana Sudi Baca Entry Ain! Like if Suka!ツ